Identiti (ID) Penyelidik Malaysia (MyRID) merupakan sistem yang memberikan akses kepada maklumat bibliografi dan sitasi daripada penerbitan ilmiah yang diterbitkan oleh pengarang individu atau penyelidik tempatan dalam pelbagai bidang.

Penyelidik tempatan boleh menguruskan semua penerbitan tempatan dan antarabangsa secara atas talian dari setempat. Sistem ini membolehkan penyelidik untuk membina satu unik ID supaya penyelidik tempatan boleh dikenal pasti menggunakan ID ini. Penyelidik boleh mengimport semua penerbitan tempatan dan sitasi yang dijana daripada Sistem (MyCite). Bagi penerbitan yang terdapat di pangkalan data pengindeksan antarabangsa, Open Researcher and Contributor ID (ORCID) digunakan sebagai platform pertukaran penerbitan dan profil penyelidik tempatan.

Objektif MyRID adalah untuk:

  • Menyediakan pangkalan data lengkap bagi penyelidik tempatan mengikut bidang; dan
  • Meningkatkan keternampakan penyelidik dan hasil penerbitan penyelidik tempatan